Rabu, 17 Februari 2021 | 8:18pm
Enam buah kenderaan terbabit dalam kebakaran yang berlaku di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam tengah hari tadi. - Ihsan Bomba/video viral
Enam buah kenderaan terbabit dalam kebakaran yang berlaku di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam tengah hari tadi. - Ihsan Bomba/video viral

6 kenderaan penduduk PPR Pantai Ria terbakar

KUALA LUMPUR: Enam kenderaan termasuk sebuah van musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta di Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam di sini, tengah hari tadi.

Bomba yang menerima laporan pada jam 12.46 tengah hari menggerakkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh bersama 21 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Komander Kanan Operasi, Penguasa Bomba Shahrul Azwan Ibnu Sahad, berkata kebakaran membabitkan sebuah van Mitsubishi Delica dan dua PERODUA Myvi, sebuah PERODUA Bezza, Toyota Vios dan PERODUA Kelisa.

Enam buah kenderaan terbabit dalam kebakaran yang berlaku di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam tengah hari tadi. - Ihsan Bomba/video viral
Enam buah kenderaan terbabit dalam kebakaran yang berlaku di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam tengah hari tadi. - Ihsan Bomba/video viral

Rakaman video kebakaran kenderaan yang tular semalam membabitkan kerosakan enam kenderaan di PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur - Foto NSTP
Rakaman video kebakaran kenderaan yang tular semalam membabitkan kerosakan enam kenderaan di PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur - Foto NSTP

"Van dan sebuah PERODUA Myvi musnah 100 peratus, PERODUA Bezza terbakar 80 peratus, Toyota Vios terbakar 40 peratus manakala dua lagi kenderaan, PERODUA Kelisa dan sebuah lagi Myvi terbakar 20 peratus.

"Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal api daripada terus merebak sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.59 tengah hari," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Berita Harian X