Rabu, 27 Januari 2021 | 2:50pm
Pekerja penyelenggaraan lif maut selepas tersepit lif pangsapuri bangunan Summer Mall, Kota Samarahan, hari ini. - NSTP/Ihsan Bomba
Pekerja penyelenggaraan lif maut selepas tersepit lif pangsapuri bangunan Summer Mall, Kota Samarahan, hari ini. - NSTP/Ihsan Bomba

Maut tersepit lif

KOTA SAMARAHAN: Seorang pekerja penyelenggaraan maut tersepit lif dalam kejadian di pangsapuri bangunan Summer Mall, di sini, hari ini.

Mangsa, Sukardi Kasim, 39, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi ketika operasi menyelamatkannya pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.56 pagi.

Beliau berkata, susulan itu sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelenggara tersepit di atas lif itu dan bomba dibantu pihak pengurusan bangunan berjaya mengeluarkan mangsa.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X