Selasa, 19 Januari 2021 | 2:17pm
Biji kopi hijau dari Kenya yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT). - Foto NSTP/ Ihsan MAQIS

MAQIS sita 19.2 tan biji kopi hijau Arabica bernilai RM517,700

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita sebanyak 19.2 tan biji kopi hijau Arabica bernilai RM517,700 di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini kelmarin.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli, berkata pemeriksaan rutin yang dijalankan pada 4.45 petang oleh pihaknya mendapati 640 guni biji kopi dalam sebuah kontena dari Kenya, tidak mematuhi syarat permit import.

"Kontena yang membawa barangan berkenaan tidak mematuhi syarat permit import iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (penggredan, pembungkusan dan pelabelan). Oleh itu, kesemua biji kopi hijau berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang mana disabitkan kesalahan boleh didenda maksimumi RM100,000 atau dipenjarakan maksimu enam tahun atau kedua-duanya.

Berita Harian X