Selasa, 1 Disember 2020 | 11:49am
SEORANG kanak-kanak perempuan retak peha kaki kiri selepas terhumban keluar dari kenderaan ke bawah jejambat Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Tun Razak selepas kenderaan dipandu bapanya kemalangan di lebuh raya itu, Jumaat lalu. - Foto NSTP/ Ihsan Polis

Kanak-kanak tercampak dari kenderaan terhumban bawah jejambat

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun retak peha kaki kiri selepas terhumban ke bawah jejambat apabila kenderaan dipandu bapanya kemalangan di Kilometer 0.4 Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Pahang di sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu, sebuah Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari arah Gombak ke Jalan Tun Razak sebelum terbabas ketika melalui laluan berselekoh di situ dan melanggar tembok kiri jalan akibat hujan lebat.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang dipercayai duduk di bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit terhumban keluar daripada cermin sisi belakang kanan dan jatuh kira-kira 15 meter ke bawah dari jejambat di laluan itu.

IMEJ kanak-kanak yang terjatuh ke bawah jejambat Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Tun Razak selepas kenderaan dipandu bapanya kemalangan di lebuh raya itu, Jumaat lalu. Video FB
IMEJ kanak-kanak yang terjatuh ke bawah jejambat Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Tun Razak selepas kenderaan dipandu bapanya kemalangan di lebuh raya itu, Jumaat lalu. Video FB

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata mangsa jatuh di atas sebuah kereta SUV yang diparkir di hadapan bilik pameran sebuah kedai menjual kenderaan di Jalan Pahang.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera retak paha kaki kiri namun bapanya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

"Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan dan

kini dia ditempatkan di Wad Kanak-kanak hospital berkenaan,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, satu rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Berita Harian X