Ahad, 29 November 2020 | 3:45pm
Sebahagian susu tepung daripada Ireland dan Belanda bernilai hampir RM2 juta dirampas MAQIS di Pulau Pinang, kelmarin. - Foto ihsan MAQIS

7 kontena susu tepung bernilai RM2 juta disita

BUTTERWORTH: Tujuh kontena berisi susu tepung bernilai hampir RM2 juta yang cuba dibawa masuk dari Ireland dan Belanda, dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, kelmarin.

Rampasan dibuat selepas berikutan kegagalan menunjukkan permit import yang sah untuk membawa masuk barangan berkenaan.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli, berkata terdahulu pemeriksaan dilakukan penguat kuasa jam 5.45 petang ke atas tujuh kontena yang baru masuk di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

"Hasilnya menemui 7,660 paket susu tepung seberat 191,500 kilogram (kg) yang bernilai hampir RM2 juta dan semakan mendapati produk itu dibawa masuk dari Ireland dan Belanda.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tidak mematuhi piawaian yang dikehendaki pada permit import MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Zarina berkata, MAQIS mengambil langkah serius dalam isu membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara.

Berita Harian X