Rabu, 28 Oktober 2020 | 12:35pm
Pemandu kereta rentung dalam kejadian kereta terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
Pemandu kereta rentung dalam kejadian kereta terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Pemandu rentung, SUV hangus terbakar

SEPANG: Seorang pemandu ditemui rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata SUV jenis Toyota Harrier sedang marak terbakar ketika anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di lokasi pada jam 4.47 pagi.

Katanya, SUV itu hangus terbakar manakala jantina dan identiti pemandu tidak diketahui.

"Mayat mangsa dikeluarkan bomba sebelum diserahkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hafisham berkata, siasatan dijalankan untuk menentukan sama ada kebakaran itu akibat kemalangan atau ada unsur jenayah.

Berita Harian X