Rabu, 28 Oktober 2020 | 12:01pm

Polis siasat pencemaran air di Kampung Baru Balakong

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran air di alur sungai di Jalan KB 1/10, Kampung Baru Balakong, Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata siasatan dijalankan susulan laporan dibuat seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam, berkaitan insiden pencemaran itu.

"Pegawai berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan itu dan mendapati terdapat minyak hitam terapung dikesan di atas permukaan alur air dari kawasan perumahan ke sungai yang disyaki terdapat unsur sabotaj.

"Kami turut pergi ke lokasi kejadian bersama tiga agensi lain iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Indah Water Konsurtium (IWK) untuk membantu siasatan.

"Beberapa sampel minyak bercampur air turut diambil untuk diuji kandungannya bagi tujuan siasatan dan pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Keadaan air sungai di Kampung Baru Balakong, Kajang yang mengalir ke Sungai Balak dan seterusnya ke Sungai Langat tercemar dan mengeluarkan bau yang busuk berikutan penemuan minyak hitam yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad

Pencemaran air di alur sungai di Kampung Baru Balakong, Kajang. - Foto ihsan FB LUAS

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama agensi penguatkuasaan berkaitan membabitkan isu pencemaran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada 20 Oktober lalu.

"Kami bersepakat untuk menjalankan siasatan dan tindakan dengan cara bersepadu bagi memastikan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan.

"Ia demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Selangor khasnya," katanya.

Terdahulu, LUAS dilaporkan menjalankan siasatan berhubung aduan pencemaran bau akibat tumpahan minyak di kawasan terbabit.

LUAS dalam satu kenyataan dipetik berkata, siasatan awal mendapati bahan pencemaran seperti sisa minyak enjin terpakai dibuang ke dalam alur air berkenaan.

Keadaan air sungai di Kampung Baru Balakong, Kajang yang mengalir ke Sungai Balak dan seterusnya ke Sungai Langat tercemar dan mengeluarkan bau yang busuk berikutan penemuan minyak hitam yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad
Keadaan air sungai di Kampung Baru Balakong, Kajang yang mengalir ke Sungai Balak dan seterusnya ke Sungai Langat tercemar dan mengeluarkan bau yang busuk berikutan penemuan minyak hitam yang dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad
Berita Harian X