Ahad, 18 Oktober 2020 | 3:59pm

Dua maut, seorang parah nahas dua kereta

SUNGKAI: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kampung Klah Baru, di sini, jam 11 pagi tadi membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi.

Dalam kejadian itu, mangsa dalam Proton Saga, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, dari Rumah Awam, Jalan Ketoyong ,Tanjung Malim maut di tempat kejadian.

Pemandu Perodua Myvi pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Pemandu dan penumpang dalam Proton Saga, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, dari Rumah Awam, Jalan Ketoyong ,Tanjung Malim maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai, hari ini. - Foto NSTP/Rosman Shamsudin

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan terbabit jam 11.04 pagi.

"Pemandu dan penumpang kereta Proton Saga disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua maut dalam kemalangan membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai, jam 11 pagi. - Foto NSTP/Rosman Shamsudin
Dua maut dalam kemalangan membabitkan Proton Saga dan Perodua Myvi di Jalan Kampung Klah Baru, Sungkai, jam 11 pagi. - Foto NSTP/Rosman Shamsudin
Berita Harian X