Sabtu, 22 Ogos 2020 | 10:03am
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Ulu Rokan-Dangi, dekat Kuala Pilah.
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Ulu Rokan-Dangi, dekat Kuala Pilah.

Anggota tentera maut kemalangan

TAMPIN: Seorang anggota tentera maut, manakala tiga yang lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Ulu Rokan-Dangi, dekat Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata dalam kejadian pada jam 5.40 petang semalam, mangsa yang maut dikenali sebagai Shaelone Kuek, 29.

Katanya, tiga sekeluarga Muhaidin Musa, 63, dan isteri Saliza Azilin Abdullah, 45 serta anak mereka, Muhammad Hazim, 13, cedera parah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Shaelone yang datang dari arah Tampin menuju ke Kuala Pilah, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan kereta dipandu Muhaidin.

"Akibat daripada pertembungan itu, Shaelone yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

"Pemandu dan dua penumpang yang cedera parah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X