Ahad, 5 Julai 2020 | 5:59pm
Kakak mangsa, Aida Ismail, 50, (kiri) dan isteri tekong bot, Halifa Mohd Noor, 47, (kanan) yang juga saudara mangsa, Arman Ismail, mayat terakhir korban bot terbalik tidak dapat menahan perasaan sedih selepas membuat pengecaman identiti mangsa yang ditemui hari ini dan dibawa ke Jeti Perikanan Kemasin, Bachok. - NSTP/Nor Amalina Alias

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Bachok membawa jenazah Arman Ismail, ke Jeti Perikanan Kemasin, Bachok. - NSTP/Nor Amalina Alias
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Bachok membawa jenazah Arman Ismail, ke Jeti Perikanan Kemasin, Bachok. - NSTP/Nor Amalina Alias

Mayat terakhir mangsa bot terbalik ditemui

BACHOK: Mayat mangsa terakhir bot terbalik, Arman Ismail, 43, ditemui jam 2.20 petang tadi pada jarak 40 batu nautika dari Jeti Perikanan Kemasin, di sini.

Penemuan terbaharu itu melengkapkan pencarian mangsa bot terbalik yang hilang apabila mayat mereka dijumpai genap seminggu kejadian malang itu berlaku.

Identiti Arman disahkan kakak sulungnya, Aida Ismail, 50, berdasarkan pakaian mangsa selain penemuan kad pengenalan tertera nama mangsa mengukuhkan lagi pengesahan identiti mayat berkenaan.

Arman, yang juga biras kepada tekong bot, Hazahar Mat Sanisah, 48, menjadikan korban bot terbalik di Perairan Kemasin, Isnin lalu, seramai lapan orang, manakala 12 lagi selamat.

Menerusi penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 81 anggota daripada pelbagai agensi ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan ribut.

Anggota Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan dibantu nelayan tempatan melakukan selaman untuk mencari mangsa bot terbalik di Muara Kuala Kemasin, Bachok, pada Selasa. - Foto BERNAMA

Berita berkaitan:

  • Mayat ketujuh mangsa bot terbalik ditemui
  • SAR mangsa bot terbalik tumpu di perairan Thailand, Perhentian
  • Bot karam: Petugas SAR, keluarga keletihan
  • 10 bot nelayan bantu operasi SAR mangsa bot terbalik
  • Polis Marin Diraja Thailand sertai SAR
  • Kawasan pencarian mangsa hilang diperluas
  • Maritim Malaysia buka kertas siasatan bot terbalik
  • Tragedi bot terbalik: Mayat keenam ditemui
  • Selaman ketiga di bot terbalik selepas hidu bau busuk
  • Tragedi bot terbalik: Solat hajat ikhtiar terakhir keluarga mangsa hilang
  • Bot terbalik ragut lima nyawa ditunda ke Jeti Kuala Besar
  • Berita Harian X