Khamis, 2 Julai 2020 | 8:22am
Pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Operasi hari keempat diperluaskan lebih 400 batu nautika persegi

KOTA BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keempat hari ini, akan diperluaskan lagi kepada lebih 400 batu nautika persegi dari tempat kejadian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kapten Maritim, Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, berkata dalam operasi semalam operasi pencarian seluas 351.6 batu nautika persegi masih gagal mencari tiga mangsa itu iaitu Arman Ismail, 43, Harun Daud, 57, dan Che Wadi Bakar, 40-an.

"Hari ini operasi SAR telah bermula pada jam 7 pagi dengan membabitkan 81 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi.

Ia juga termasuk bantuan nelayan tempatan dan juga pihak berkuasa Thailand," katanya ketika dihubungi.

Dalam operasi SAR semalam, pasukan pencarian masih gagal mendapat petunjuk lokasi ketiga-tiga mangsa itu walaupun menemui pelbagai tong dan kayu dipercayai milik bot yang terbalik itu.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, 12 daripada 20 mangsa terselamat dalam kejadian itu, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun. - BERNAMA

Berita berkaitan:

  • Tragedi bot terbalik: Mayat keenam ditemui
  • Selaman ketiga di bot terbalik selepas hidu bau busuk
  • Tragedi bot terbalik: Solat hajat ikhtiar terakhir keluarga mangsa hilang
  • Bot terbalik ragut lima nyawa ditunda ke Jeti Kuala Besar
  • Operasi hari keempat diperluaskan lebih 400 batu nautika persegi
  • Berita Harian X