Selasa, 16 Jun 2020 | 12:18am
Kedai gunting rambut yang disita DBKL sekitar Setiawangsa. - Ihsan FB DBKL
Kedai gunting rambut yang disita DBKL sekitar Setiawangsa. - Ihsan FB DBKL

DBKL sita, tutup 4 premis perniagaan warga asing

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dan menutup empat lagi premis perniagaan dijalankan warga asing, semalam.

DBKL dalam satu kenyataan melalui Facebook, malam tadi memaklumkan bahawa premis berkenaan membabitkan sebuah kedai runcit, gerai di tepi jalan dan dua kedai gunting rambut sekitar Setiawangsa, di sini.

"Gerai cendol di tepi jalan itu dikenakan tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 3(1) kerana penjaja bukan warganegara.

 Tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan. - Ihsan FB DBKL
Tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan. - Ihsan FB DBKL

"Turut diambil tindakan sita dan tutup ialah premis kedai runcit yang diusahakan warga Indonesia kerana tidak memiliki lesen perniagaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, dua kedai gunting rambut pula disita kerana tiada lesen dengan masing-masing diusahakan warga Indonesia dan Bangladesh.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya.

Berita Harian X