Sabtu, 16 Mei 2020 | 2:30pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Dua lelaki disyaki pecah rumah dicekup

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk sebuah rumah di Bandar Country Homes Rawang, dekat Gombak, semalam.

Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 1 pagi daripada penghuni rumah berkenaan yang memaklumkan melihat kelibat suspek menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Gombak, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hasil siasatan, pihaknya menahan seorang suspek yang sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan, di Fasa 10 Bandar Country Homes Rawang, kira-kira jam 6.30 petang hari sama.

"Ia membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek di Flat Palma Bandar Country Homes, Rawang, sejam kemudian.

"Lelaki terbabit berusia 26 dan 35 tahun dengan kedua-duanya mempunyai enam rekod jenayah.

"Turut dirampas, barangan peribadi suspek, satu laptop dan satu 'power bank' bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek direman bermula hari ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah rumah.

From: Faris

Berita Harian X