Selasa, 21 April 2020 | 12:13pm
Budak enam tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit di lubang sinki. - Foto ihsan bomba
Budak enam tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit di lubang sinki. - Foto ihsan bomba

Derita jari tersepit lubang sinki

MERSING: Budak berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas jari tangan kanannya tersepit di lubang sinki di rumahnya di Kampung Sawah Dato, Jalan Mersing-Endau, Mersing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azhari Awi, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.36 malam tadi.

Bomba mengambil masa 15 minit untuk memotong lubang sinki bagi mengeluarkan jari mangsa.

Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan menggerakkan sebuah jentera serta sebuah EMRS dengan kekuatan sepuluh anggota ke tempat kejadian.

“Tindakan memotong lubang sinki dilakukan dengan peralatan khas.

“Operasi memotong dilakukan dengan berhati-hati, tiada kecederaan dilaporkan dan jari mangsa hanya bengkak,” katanya ketika dihubungi.

Berita Harian X