Jumaat, 3 April 2020 | 12:02am
Kemalangan maut di Kilometer 64.5 Jalan Alor Setar-Butterworth. - Ihsan pembaca
Kemalangan maut di Kilometer 64.5 Jalan Alor Setar-Butterworth. - Ihsan pembaca

Pekerja kilang maut, rempuh kereta

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kilometer 64.5 Jalan Alor Setar-Butterworth di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang, mangsa Muhamad Hizwan Mohd Ribain, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata ketika kejadian, mangsa dipercayai menunggang motosikal Yamaha LC dari arah Tikam Batu menghala ke arah Bakar Arang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, terdapat sebuah kereta Perodua Kancil melintas dari kiri ke kanan jalan secara tiba-tiba.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta terbabit di bahagian hadapan sebelah sisi kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan maut serta-merta di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta ditahan bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Harian X