Khamis, 26 March 2020 | 1:11pm
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad

15 individu ditahan lepak di dewan, taman permainan

KUALA LUMPUR: Seramai 15 individu termasuk tiga lelaki Myanmar ditahan atas pelbagai kesalahan hasil rondaan dan sekatan jalan polis mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam dan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kesemua individu berusia antara 18 hingga 40 tahun itu didapati berkumpul di kawasan dewan dan taman permainan selain menaiki kenderaan tanpa tujuan di sekitar Petaling Jaya.

“Tahanan disiasat mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Justeru, pihak polis menggesa orang ramai supaya patuh kepada PKP dan tidak mengambil remeh perkara ini. Duduk di rumah dan keluar sekiranya ada keperluan mendesak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X