Khamis, 26 March 2020 | 12:36pm
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

COVID-19: Polis Johor buka 32 kertas siasatan

JOHOR BAHRU: Polis sudah membuka 32 kertas siasatan sepanjang sembilan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu, manakala tiga kes sudah ditangkap dan akan dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tiada lagi amaran kepada individu yang masih ingkar dengan PKP, selain pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita boleh tengok daripada segi tangkapan, yang semalam sahaja lebih 100 tangkapan satu Malaysia. Amaran tidak ada dah lepas ini kita akan pastikan yang mana ingkar kita akan tangkap.

"Kalau tengok sekatan jalan raya pun, lebih daripada dua orang dalam kenderaan, polis akan minta mereka patah balik, tidak ada lagi ruang untuk mereka bergerak.

“Saya minta semua rakyat patuhilah arahan kerajaan," katanya ketika ditemui pada lawatan OP COVID-19 di Pasar Borong Pandan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya positif dengan arahan tempoh PKP yang dianjakkan oleh kerajaan, selain meminta rakyat patuh dan turut bersama menangani wabak itu.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X