Selasa, 24 March 2020 | 9:09am
MAYAT lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu ditemui dalam kebun kelapa sawit Kampung Sungai Durian, Permas, Pontian, petang semalam. - Foto ihsan pembaca
MAYAT lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu ditemui dalam kebun kelapa sawit Kampung Sungai Durian, Permas, Pontian, petang semalam. - Foto ihsan pembaca

Mayat terbiar seminggu ditemui

JOHOR BAHRU: Mayat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu lalu ditemui dalam kebun kelapa sawit Kampung Sungai Durian, Permas, Pontian, petang semalam.

Identiti mayat yang dikenal pasti sebagai ‘Penyu’ berusia 44 tahun itu ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, berkata Pejabat Pertanyaan Balai Polis Permas menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terjumpa satu mayat di kebun kelapa sawit.

Katanya, hasil pemeriksaan pihak perubatan ke atas mayat, dianggarkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira seminggu, manakala punca kematian tidak diketahui.

“Hasil siasatan, lokasi mayat ditemui adalah dalam kawasan kebun kelapa sawit milik persendirian.

“Jarak jalan kampung iaitu Jalan Mat Yunus Kampung Sungai Durian dengan kawasan kebun adalah kira-kira satu kilometer.

“Keadaan mayat yang ditemui sudah reput dari atas kepala sehingga ke bahagian pinggang.

“Mayat didapati berpakaian kemeja T lengan pendek warna hitam, berseluar biru gelap dan berkasut warna putih jenama ‘Golla’,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pengecaman pakaian, simati adalah seorang gelandangan dan juga dipercayai seorang penagih dadah.

“Mayat dibawa ke rumah Mayat Hospital Pontian untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Berita Harian X