Jumaat, 31 Januari 2020 | 7:37pm
KEADAAN sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan melibatkan seorang lelaki warga emas dan anak perempuannya berusia 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Batu Gajah, Merlimau. NSTP/Amir Mamat

Dua beranak maut ketika melintas di Lebuh AMJ

JASIN: Seorang lelaki warga emas dan anak perempuannya berusia 16 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Kilometer 5, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Batu Gajah, Merlimau sini, hari ini.

Dalam nahas jam itu 3.30 petang, mangsa Moharam Sabtu, 62, dan anak perempuannya, Nurul Akilah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tercampak beberapa meter akibat rempuhan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Hassan Basri Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda dinaiki dua beranak itu menyeberang jalan di lokasi kejadian sebelum dirempuh sebuah Toyota Harrier.

“Dalam kemalangan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan penunggang serta pembonceng motosikal maut manakala pemandu SUV itu pula tidak dijumpai di lokasi kejadian, dipercayai sudah dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan oleh orang awam.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Berita Harian X