Ahad, 5 Januari 2020 | 1:57pm
Petugas pondok kawalan keselamatan Taman Temerloh Jaya berjaya menggagalkan cubaan mencuri wang di dalam tabung masjid di Masjid Temerloh Jaya. - Foto ihsan Pembaca
Petugas pondok kawalan keselamatan Taman Temerloh Jaya berjaya menggagalkan cubaan mencuri wang di dalam tabung masjid di Masjid Temerloh Jaya. - Foto ihsan Pembaca

Suspek pecah tabung masjid ditahan

bhnews.bh.com.my

TEMERLOH: Cubaan seorang lelaki berumur 51 tahun melarikan wang tabung Masjid Temerloh Jaya, di sini gagal apabila berjaya ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata suspek terbabit ditahan hasil tindakan pantas petugas pondok kawalan keselamatan di Taman Temerloh Jaya, di sini yang memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu.

Katanya, hasil pemeriksaan melalui CCTV di kawasan masjid berjaya menghalang perbuatan suspek pada jam 2.15 pagi.

“Beberapa petugas kemudian bergegas ke masjid itu dan berjaya menahan suspek. Mereka kemudian menghubungi polis dan suspek dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal kita mendapati suspek menggunakan lidi bagi mengeluarkan duit dalam tabung sebelum perbuatannya berjaya dikesan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu berseorangan sebelum ditangkap.

Katanya, suspek kini direman untuk siasatabn lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.

Berita Harian X