Jumaat, 27 Disember 2019 | 8:39pm
Seorang penumpang wanita warga China maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong, hari ini. - Ihsan Bomba
Seorang penumpang wanita warga China maut dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong, hari ini. - Ihsan Bomba
Kenderaan mangsa yang terbabas lalu melanggar tiang lampu di penghadang jalan. - Ihsan Bomba
Kenderaan mangsa yang terbabas lalu melanggar tiang lampu di penghadang jalan. - Ihsan Bomba

Warga China maut kereta e-hailing dinaiki terbabas

CYBERJAYA: Seorang penumpang wanita warga China maut, manakala rakannya dan pemandu kenderaan e-hailing cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 3.50 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan e-hailing jenis Produa Bezza itu terbabas lalu melanggar tiang lampu di penghadang jalan.

Mangsa yang maut ialah Li Li Mei, manakala rakannya yang terselamat, Lin Wen Chun, masing-masing berusia lingkungan 40-an.

Pemandu lelaki dikenali sebagai Sinesh, 22, dikatakan cedera ringan dan dibantu orang awam.

Penumpang yang dikenali Lin Wen Chun terselamat dalam nahas di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong, hari ini. - Ihsan Bomba
Penumpang yang dikenali Lin Wen Chun terselamat dalam nahas di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Puchong, hari ini. - Ihsan Bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Mohamad Razi Abdul Muttalib, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.53 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di tempat kejadian kedua-dua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam, manakala penumpang wanita yang maut berada di bahagian tempat duduk belakang.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Putrajaya bagi tindakan lanjut.

Berita Harian X