Rabu, 30 Oktober 2019 | 1:27pm
TELUR penyu yang ditinggalkan seorang juragan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Sungai Batu Tiga, Sandakan. - Foto ihsan PPM
TELUR penyu yang ditinggalkan seorang juragan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Sungai Batu Tiga, Sandakan. - Foto ihsan PPM

Sanggup rugi daripada kena tahan kerana jual telur penyu

SANDAKAN: Seorang juragan sanggup menanggung kerugian dengan meninggalkan telur penyu bernilai RM2,000 bagi mengelak daripada ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam kejadian di kawasan Sungai Batu Tiga, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, telur penyu sebanyak 1,000 biji ditinggalkan di tepi parit sejurus sepasukan PPM menghampiri kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sebelum kejadian pihaknya menerima maklumat risikan dan bertindak menyerbu kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, kehadiran anggota PPM disedari juragan bot yang kemudiannya bertindak memecut bot ke arah laut meninggalkan beberapa kotak berisi plastik hitam dan hasil pemeriksaan kotak terbabit mendapati plastik hitam itu berisi 1,000 biji telur penyu.

TELUR penyu yang ditinggalkan seorang juragan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Sungai Batu Tiga, Sandakan. - Foto ihsan PPM
TELUR penyu yang ditinggalkan seorang juragan, dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan Sungai Batu Tiga, Sandakan. - Foto ihsan PPM

“Kita percaya juragan bot itu adalah pemilik telur penyu berkenaan dan telur itu cuba diseludup masuk dari Filipina untuk dipasarkan kepada orang awam di sekitar pasar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mohamad berkata, semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan dan kes disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.

Berita Harian X