Rabu, 23 Oktober 2019 | 8:00am
KEADAAN kebakaran yang menyebabkan seorang mangsa kanak-kanak rentung melibatkan sebuah rumah di Jalan Penisula, Kampung Pulau Melayu, Miri. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran

MIRI: Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Jalan Penisula, Kampung Pulau Melayu, di sini kira-kira jam 4 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hidayah Zamri, 11, ditemui rentung dalam salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan, dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.


KEADAAN kebakaran yang menyebabkan seorang mangsa kanak-kanak rentung melibatkan sebuah rumah di Jalan Penisula, Kampung Pulau Melayu, Miri. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Law Poh Kiong ketika mengesahkan kejadian, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.17 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan didapati musnah sepenuhnya akibat api yang terlalu marak. Operasi ditamatkan pada jam 6.25 pagi tadi sejurus api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Berita Harian X