Selasa, 10 September 2019 | 1:14pm
Laporan dalam BH Online malam tadi.

Polis siasat laporan ugutan bunuh wartawan

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan BH yang mendakwa diugut bunuh menerusi emel baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wartawan berkenaan semalam.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan (membuat ugutan jenayah),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew menuntut supaya polis menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap tindakan mengugut bunuh wartawan itu.

“NUJ amat prihatin mengenai insiden ini dan akan terus memantau keselamatan wartawan,” katanya. - BERNAMA



Kenyataan media Setiausaha Agung NUJ.

Berita Harian X