Sabtu, 10 Ogos 2019 | 1:17am
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

5 sekeluarga tak sempat sambut Aidiladha

ALOR GAJAH: Lima sekeluarga antara enam yang maut selepas dua pikap dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Jelatang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, semua enam mangsa maut di lokasi kejadian akibat tersepit manakala seorang lagi parah.

Mangsa yang maut adalah pemandu Isuzu D-Max, Azahar Ahmad, 57; isterinya Halimahtun Aris Padzil, 24; kakaknya Habibah Ahmad, 62, serta dua anaknya Alia, 17 dan Alissa, 15.

Semua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Yong Peng, Johor ke Brisu, Alor Gajah untuk menyambut Aidiladha.

Turut maut, pemandu Mitsubishi Triton, Wang Chow Kuang, 51, dan anak perempuannya pula yang berusia 20 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler kosong.

KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

Beliau berkata, sebelum kemalangan, Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari arah Simpang Ampat menghala ke Alor Gajah manakala Isuzu D-Max dan treler dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh Isuzu D-Max dinaiki lima beranak.

“Treler yang dipandu lelaki berusia 46 tahun turut dirempuh Mitsubishi Triton sebelum terbabas ke kiri bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan bomba.

“Semua mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan mangsa yang parah turut dihantar ke hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selain kesemua kenderaan yang terbabit ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Asmadi berkata, polis meminta semua pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan dalam pemanduan.

KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

Berita Harian X