Khamis, 11 Julai 2019 | 9:35pm
SEORANG warga Thailand, Mohamanor Yusoh, 52, yang berasal dari Narathiwat maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi dalam kejadian di Jalan Rantau Panjang - Pasir Mas berhampiran Kampung Gual Pasung Hantu petang tadi. NSTP/Ihsan Pembaca

Warga Thailand maut kemalangan

RANTAU PANJANG: Seorang warga Thailand maut motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, berhampiran simpang masuk ke Kampung Gual Pasung Hantu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.20 petang, Mohamanor Yusoh, 52, yang berasal dari Narathiwat, maut akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail, berkata ketika kejadian mangsa dikatakan sedang berhenti untuk memasuki simpang ke Kampung Pasong Hantu.

Katanya, pada masa sama sebuah kereta Proton Waja dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas terlanggar sebuah Perodua Myvi yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang kampung berkenaan.

“Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Myvi merempuh bahagian belakang motosikal ditunggang Mohamanor, menyebabkan mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Imran berkata, kejadian berlaku hanya 50 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang dan sejurus dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat itu sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus anggota bomba tiba, mangsa didapati sudah meninggal dunia.

Berita Harian X