Jumaat, 21 Jun 2019 | 9:54am
Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba
Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba

Pemandu treler maut kemalangan

GEMENCHEH: Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu menyebabkan Kassim Mohammad, 50, yang berasal dari Taman Meranti, Bahau, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa, berkata dua kelindan yang juga anak mangsa berusia 17 dan 19 tahun masing-masing patah kaki.

Katanya, pemandu sebuah kereta berusia 24 tahun yang berasal dari Taman Regent di sini, hanya cedera ringan manakala penumpang berusia 17 tahun tidak mengalami kecederaan.

Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba
Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu dari arah Tebong ke Gemencheh dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dipandu mangsa dari arah Gemencheh.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini, hari ini.

Ramli berkata, dua anak mangsa yang cedera kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin.

Katanya, ujian air kencing terhadap pemandu dan penumpang kereta adalah negatif, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba
Seorang pemandu treler muatan simen maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Gemencheh-Batang Melaka. - Foto ihsan Bomba

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Mohd Khairizam Mohd Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.21 pagi dan bergegas ke lokasi bersama satu jentera dan enam anggota.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati dua mangsa yang berada di dalam kereta sudah dibawa ke klinik berhampiran oleh orang awam.

“Mangsa yang maut pula diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Berita Harian X