Khamis, 13 Jun 2019 | 9:26am
Sebuah van melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipercayai berhenti di Kilometer 101 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di Sungai Petani, awal pagi tadi. - Ihsan Bomba

4 warga Laos parah, van langgar treler

SUNGAI PETANI: Empat warga Laos parah, selepas van yang dinaiki melanggar bahagian belakang sebuah treler yang dipercayai berhenti di Kilometer 101 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Turut parah, seorang lelaki warga Thailand iaitu pemandu van.

Bagaimanapun tiga warga Laos yang turut berada di dalam van berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Penyelamat dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 pagi dan tiba pada jam 5.52 pagi.

“Sebaik anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani tiba di lokasi kita dapati sebuah van remuk pada bahagian depan selepas melanggar belakang treler.

“Terdapat lapan orang mangsa, di mana pemandu van itu tersepit pada bahagian tempat duduknya.

“Ada empat lagi mangsa termasuk seorang wanita mengalami kecederaan, manakala tiga lagi tidak cedera,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kesemua mangsa termasuk seorang wanita adalah warga Laos dan hanya pemandu sahaja lelaki warga Thailand,” katanya.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Aslan Yussof bersama sepasukan anggota dan dua jentera termasuk anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sungai Petani.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.11 pagi tadi.

Berita Harian X