Selasa, 14 Mei 2019 | 3:38pm
Pegawai perubatan memeriksa keadaan eorang remaja perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di MJC, Batu Kawa. - Foto ihsan PDRM
Pegawai perubatan memeriksa keadaan eorang remaja perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di MJC, Batu Kawa. - Foto ihsan PDRM

Terjun bangunan kecewa bapa kahwin lain

PADAWAN: Luluh hati seorang adik melihat jasad kakaknya dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran rumah sewa mereka di MJC Batu Kawa, di sini malam tadi.

Remaja perempuan berusia 16 tahun itu maut selepas terjun dari rumah sewanya di tingkat tiga bangunan rumah kedai berkenaan selepas kecewa apabila mengetahui bapa tirinya berkahwin lain.

Kejadian hanya disedari adik lelaki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa berkenaan selepas makan makan bersama ibu kandung mereka kira-kira jam 8 malam.

Difahamkan, mangsa terlalu kecewa dengan sikap bapa tirinya yang bekerja di Singapura dan jarang pulang ke Kuching selepas berkahwin dengan seorang wanita Vietnam.

Mangsa juga dikatakan membuat satu undian dalam laman Instagram miliknya yang dimuat naik pada jam 3 petang semalam dengan status ‘Really Important, Help Me Choose Die or Live’.

Malah, di akaun Facebook miliknya, remaja itu turut memuatnaik status ‘Wanna Quit F**king Life I’ m Tired’.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu bapa tirinya pulang sebelum dibedah siasat.

“Pihak kami menerima aduan berkenaan kejadian pada jam 8 malam daripada seorang lelaki yang datang ke balai berhampiran dan memaklumkan ada seorang perempuan tidak dikenali terjun dari bangunan serta dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas jalan.

“Sepasukan anggota digegaskan ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan lebam atau luka pada bahagian tubuh badan mangsa tetapi dia hanya mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Aidil berkata, tidak ada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita Harian X