Ahad, 10 Februari 2019 | 12:31am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat masih gerakan mencari mangsa Abdul Bari Asyraf yang dikhuatiri lemas ketika menyelamat satu keluarga yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan. - Foto Ghazali Kori

Anjing pengesan untuk cari Abdul Bari

KUALA TERENGGANU: Khidmat anjing pengesan akan digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu untuk mengesan mangsa lemas, Abdul Bari Asyraf Mohd.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, dua anjing pengesan dijangka tiba pagi esok dari JBPM Putrajaya.

“Anjing itu akan mengesan mangsa dari atas bot,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian malam ini.

Katanya, selain khidmat anjing pengesan, pihaknya akan meneruskan dua kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu secara selaman di dasar sungai dan pemantauan pada permukaan air.

“Pencarian di dasar pada malam ini dilakukan menggunakan peralatan khas iaitu ROV MKII Bentos dan sekiranya gagal menemui mangsa, operasi akan dihentikan jam 1 pagi ini dan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya.

Katanya, radius pencarian esok juga dijangka diperluaskan sehingga lima kilometer menghala ke muara Sungai Terengganu.

Berita Harian X