Jumaat, 25 Januari 2019 | 10:05am

Wanita asing gagal lolos diri

KUALA LUMPUR: Sekumpulan wanita warga asing gagal meloloskan diri daripada dikesan anggota penguat kuasa di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini, awal pagi tadi.

Seramai 21 wanita warga Thailand dan dua wanita Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahguna pas permit kerja dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan bermula jam 3 pagi itu.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood, berkata hasil siasatan awal mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen sejak November lalu.

“Semakan DBKL mendapati pusat hiburan itu ada memohon lesen pada awal bulan ini, namun didapati sudah memulakan operasi walaupun lesen itu belum dikeluarkan.

“Malah, pusat hiburan ini dilihat menggunakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM10,000.

“Kita turut menutup dan menyita barangan termasuk alat pembesar suara di pusat hiburan itu kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya ketika ditemui di pusat hiburan berkenaan, di sini, hari ini.


Warga asing antara yang ditahan di sebuah pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur ketika Ops Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH). - NSTP/Hafiz Sohaimi

Operasi bersepadu itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). - NSTP/Hafiz Sohaimi

Operasi bersepadu itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Dalam serbuan berasingan sekitar waktu sama, agensi terbabit turut menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, di sini.

Azman berkata, menerusi serbuan itu, dua wanita warga China ditahan selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, dua warga asing turut ditahan selepas disahkan positif dadah menerusi ujian saringan awal air kencing,” katanya.

Warga asing antara yang ditahan di sebuah pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur ketika Ops Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) pihak berkuasa antaranya PDRM, Imigresen, AADK, Kastam, DBKL dan JAWI. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Pegawai JAWI menyaman pengunjung yang beragama Islam di sebuah pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Operasi Bersepadu Pusat Hiburan bermula jam 3 pagi. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Berita Harian X