Jumaat, 21 Disember 2018 | 12:48pm
Tertuduh seorang pengawal keselamatan, Mohd Faizul Abdullah Hadi, 22, diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selapas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad

Tak mengaku rogol gadis bawah umur

AYER KEROH: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, awal Mei lalu.

Mohd Faizul Abdullah Hadi, 22, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah hotel di Jalan Kerambit 5, Kampung Baharu Sungai Udang, jam 7.45 pagi, pada 7 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, memohon mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira jenayah berat yang didakwa ke atasnya.

Mahkamah kemudian tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 22 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Berita Harian X