Sabtu, 13 Oktober 2018 | 4:10pm
SEBUAH lori treler merempuh sebuah restoran di Gemas, hari ini. - Ihsan pembaca

LORI yang membawa muatan tanah liat ini hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang di premis berkenaan. - Ihsan pembaca
LORI yang membawa muatan tanah liat ini hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang di premis berkenaan. - Ihsan pembaca
LORI yang hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri simpang menuju ke restoran. - Ihsan pembaca
LORI yang hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri simpang menuju ke restoran. - Ihsan pembaca

Treler rempuh restoran

TAMPIN: Beberapa pelanggan yang leka menjamah roti canai bergegas menyelamatkan diri apabila lori treler 40 tan ‘menjengah’ masuk ke sebuah restoran di Dataran Satria, Gemas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 pagi, lori yang membawa muatan tanah liat itu hilang kawalan lalu merempuh sebatang tiang di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kluang, Johor.

Katanya, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gemas-Tampin, kenderaan berat itu cuba mengelak merempuh sebuah kenderaan di hadapan.

“Akibatnya, ia hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri simpang menuju ke restoran. Treler berkenaan merempuh bahagian tepi premis namun bernasib baik kerana tidak memasuki dalam restoran,” katanya.

Menurut Ramli, kejadian itu menyebabkan pekerja dan pelanggan restoran berkenaan lari bertempiaran melarikan diri.

Menurutnya, buat masa ini pemilik restoran belum dapat menganggarkan jumlah kerugian meskipun bahagian hadapan premis, meja makan serta kerusi rosak.

“Pemandu lori yang berasal dari Rawang, Selangor ditahan pihak polis bagi tujuan saringan air kencing dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Jalan Raya 166/ 59.

Berita Harian X