Khamis, 11 Oktober 2018 | 12:13pm
SHAHARUDIN Abdullah menunjukkan antara barang yang berjaya dirampas dari suspek ketika sidang media IPD Dang Wangi berkaitan tangkapan kes samun menyamar polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

8 individu menyamar polis samun warga asing ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita yang dipercayai melakukan kes samun terhadap warga asing dalam beberapa kejadian di daerah Dang Wangi, sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah dengan menyamar sebagai pegawai polis sebelum bertindak menyamun mangsa.

“Dalam kejadian terbaru pada 1 Oktober lalu, seorang warga Bangladesh disamun kumpulan terbabit yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza di Jalan Meranti.

ANTARA barang yang berjaya dirampas dari suspek ketika sidang media IPD Dang Wangi berkaitan tangkapan kes samun menyamar polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

“Kereta dinaiki empat lelaki itu mengaku sebagai pegawai polis dan ingin membawa mangsa ke balai polis jika mangsa tidak memberi kerjasama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.

Shaharuddin berkata, suspek kemudian meminta mangsa membawa mereka ke rumahnya dan mangsa kemudian akur dengan permintaan suspek.

“Setiba di rumah berkenaan suspek bertindak menyamun barangan milik mangsa dan rakan serumahbya sebelum melarikan diri.

“Susulan kejadian itu polis melakukan serbuan pada 2 Oktober dan menahan lapan individu berusia 18 hingga 26 tahun di Jalan Doraisamy,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati semua suspek yang ditahan mengaku melakukan kegiatan jenayah berkenaan.

“Polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di daerah Dang Wangi dan Gombak.

“Semua suspek kini direman selama 15 hari sehingga 15 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Harian X