Ahad, 7 Oktober 2018 | 7:59pm
PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto BERNAMA
PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto BERNAMA

Ketahui kesesuaian undang-undang - Hadi

PORT DICKSON: Kerajaan perlu mengetahui di manakah undang-undang dan pelaksanaan tindakan harus dilakukan mengikut kesesuaian dalam usaha membanteras perbuatan khalwat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua perkara itu harus dilaksanakan bergantung kepada suasana dan pertimbangan termasuk dalam kes jenayah dan bukanya kesalahan syariah semata-mata.

“Ini dalam kes akhlak pun sama juga. Jadi kita lihat dia punya keadaan, undang-undang lain, pelaksanaan (tindakan) itu lain (kerana) itu dua perkara berasingan.

“Dalam al-Quran Surah Al-Hujuraat mengatakan sebahagian sangkaan itu dosa. Sebahagian, bukan semua sangkaan bermakna ada sebahagian lagi yang menimbulkan unsur-unsur yang perlu

diintip,” katanya pada sidang media Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di sini hari ini.

Hadir samaNaib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dan Calon PAS PRK Port Dickson, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Abdul Hadi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan sebuah media tempatan, sebagai berkata pihak berkuasa agama tidak wajar lagi mengetuk dan memecahkan pintu kediaman pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Dalam temu bual yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu, Mujahid dilaporkan berkata, apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup, bukanlah urusan kerajaan (pihak berkuasa agama).

Berita Harian X