Ahad, 7 Oktober 2018 | 9:08am
Dua individu termasuk pemandu kereta maut dalam kemalangan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat Kuala Langat pagi ini. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

2 kenderaan bertembung, 3 maut

KUALA KUBU BHARU: Seorang pemandu dan dua penumpang kereta maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata nahas 3.45 pagi itu membabitkan Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dan Toyota Hilux.

Katanya, terdapat lima orang dalam Proton Saga itu ketika kejadian dan mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Lai Wui Lun, 21 dan Chen Mun Li, 20.

Dua individu termasuk pemandu kereta maut dalam kemalangan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat Kuala Langat pagi ini. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat
Dua individu termasuk pemandu kereta maut dalam kemalangan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat Kuala Langat pagi ini. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

Dua individu termasuk pemandu kereta maut dalam kemalangan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat Kuala Langat pagi ini. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat
Dua individu termasuk pemandu kereta maut dalam kemalangan di Jalan Besar Batu 30 Ulu Yam, dekat Kuala Langat pagi ini. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

"Seorang lagi disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Identiti dia dan dua lagi mangsa yang cedera parah serta dirawat di Hospital Selayang masih tidak dapat dikenal pasti.

"Pemandu Toyota Hilux itu, V Rajan, 46, pula patah tangan dan menerima rawatan di Hospital KPJ Rawang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata kemalangan itu berlaku selepas Proton Saga berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan Toyota Hilux di bahagian depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Berita Harian X