Khamis, 4 Oktober 2018 | 2:59pm
KETUA Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KETUA Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Unit anjing pengesan dikerah bantu operasi SAR

PUCHONG: Selepas dihentikan hampir dua jam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang dikhuatiri lemas di lombong Taman Putra Perdana berhampiran kawasan perumahan D’Island, di sini, disambung semula.

Operasi bermula pada jam 2 petang dengan menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan daripada Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam usaha pencarian mangsa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata anjing itu akan dibawa menaiki bot ke tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Kita mengharapkan anjing ini dapat membantu mengesan mangsa, pencarian akan turut dilakukan di kawasan berhampiran tebing.

“Selain itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerah untuk melakukan pencarian dengan bot di kawasan air tenang dalam radius 1 kilometer,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Berita Harian X