Sabtu, 29 September 2018 | 11:29pm
MUHAMMAD Syamil maut digilis sebuah lori manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki bergesel dengan kenderaan berat berkenaan di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran stesen minyak Petronas Simpang Lima, petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca

Pelajar tingkatan empat maut digilis lori

PARIT BUNTAR: Remaja lelaki maut digilis lori, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka bergesel dengan kenderaan berat itu, di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran stesen minyak PETRONAS Simpang Lima, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.55 petang tadi dan kemalangan membabitkan motosikal Modenas Kriss dan sebuah lori.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati Muhammad Syamil Norsazlan ,16, dan rakannya dalam perjalanan dari arah Simpang Lima menghala Parit Buntar.

MUHAMMAD Syamil maut digilis sebuah lori manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki bergesel dengan kenderaan berat berkenaan di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran stesen minyak Petronas Simpang Lima, petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca
MUHAMMAD Syamil maut digilis sebuah lori manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki bergesel dengan kenderaan berat berkenaan di Kilometer 118.7, Jalan Ipoh - Butterworth, berhampiran stesen minyak Petronas Simpang Lima, petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dua remaja berkenaan dipercayai bergesel pada bahagian kiri lori yang hendak membelok ke simpang kiri jalan untuk memasuki pusat pengumpulan sawit berhampiran.

“Akibat geselan itu, motosikal yang mereka tunggang hilang kawalan dan jatuh sebelum mangsa digilis lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mangsa hanya mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, mangsa yang maut adalah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau dan berasal dari Parit Haji Amin.

Menurutnya lagi kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pegangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Berita Harian X