Selasa, 25 September 2018 | 12:49pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Kilometer 76, Jalan Kuching-Sri Aman. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

2 kenderaan bertembung, seorang maut

SERIAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 76, Jalan Kuching-Sri Aman di sini, malam tadi.

Mangsa, Thomas Inggol Unggau, 42, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada leher dan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kejadian jam 8.10 malam itu berlaku apabila kereta PROTON Saga yang dinaiki mangsa bersama dua rakannya dari arah Serian tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Pada masa yang sama, katanya, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berusia 30 tahun dari arah Sri Aman gagal mengelak kereta mangsa yang terbabas, lalu berlaku pertembungan.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Kilometer 76, Jalan Kuching-Sri Aman. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pikap di Kilometer 76, Jalan Kuching-Sri Aman. - Foto Ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat

Beliau berkata, akibat pertembungan itu, PROTON Saga terbabit terbakar, namun pemandu serta dua penumpangnya berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Pegawai RELA yang memandu Toyota Hilux dan pemandu kereta PROTON Saga berusia 34 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi penumpang kereta yang berusia 17 tahun patah kedua-dua kaki.

“Tiga mangsa yang cedera itu dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya.

Alexson berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X