Ahad, 16 September 2018 | 12:27pm

Wanita disamun 3 lelaki bertopi

GOMBAK: Seorang pekerja wanita kedai serbaneka 24 jam di daerah ini berdepan detik cemas apabila disamun tiga lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.43 pagi itu, seorang pekerja wanita kedai serbaneka terbabit didatangi tiga lelaki berkenaan yang memakai topi memasuki premis itu.

Aksi ketiga-tiga lelaki terbabit menyamun kedai serbaneka itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang dilihat mengugut pekerja wanita terbabit sebelum menyelongkar barang dan wang tunai di dalam peti simpanan wang di kaunter.

Sebaik mengambil wang tunai dan barangan di dalam premis itu, mereka terus melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan termasuk mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman CCTV di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

RAKAMAN CCTV di kedai serbaneka 24 jam di Gombak yang disamun tiga lelaki, Jumaat lalu. - Foto NSTP
RAKAMAN CCTV di kedai serbaneka 24 jam di Gombak yang disamun tiga lelaki, Jumaat lalu. - Foto NSTP
Berita Harian X