Jumaat, 15 Jun 2018 | 5:50pm
MUHAMMAD Ihsan Verboy Mohigan maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi berhampiran lampu isyarat Cheng-Krubong di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

KEADAAN motosikal mangsa yang bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi berhampiran lampu isyarat Cheng-Krubong di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN motosikal mangsa yang bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi berhampiran lampu isyarat Cheng-Krubong di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Melaka, pagi tadi. - Foto ihsan pembaca

Anggota tentera maut motosikal bergesel

MELAKA: Seorang tentera maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah PERODUA Myvi berhampiran lampu isyarat Cheng-Krubong di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Muhammad Ihsan Verboy Mohigan, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa yang berpangkat sarjan itu bertugas di 21 Skuadron Perubatan Gerup Gerak Khas Kem Iskandar, Mersing di Johor.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda FS150 dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Bandar Melaka.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa bergesel dengan PERODUA Myvi yang datang dari arah sama.

"Akibat itu, mangsa hilang kawalan lalu motosikalnya terbabas ke bahu jalan," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang parah di kepala dan kaki disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka bagi proses bedah siasat. Polis juga meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X