Ahad, 10 Jun 2018 | 12:59pm
KUALA LUMPUR 10 JUN 2018. Bayi lelaki seberat 2.6 kilogram ditemui didalam mangku tandas di Hentian Rehat dan Rawat arah Utara dekat Rawang disini semalam.
KUALA LUMPUR 10 JUN 2018. Bayi lelaki seberat 2.6 kilogram ditemui didalam mangku tandas di Hentian Rehat dan Rawat arah Utara dekat Rawang disini semalam.

Bayi dalam mangkuk tandas

GOMBAK: Seorang bayi lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara, jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata bayi berkenaan ditemui oleh penyelia pembersihan dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih.

"Bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui dibungkus dengan kain batik.

"Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ali berkata, tiada kesan kecederaan ditemui pada bayi berkenaan dan kelihatan cukup sifat fizikal.

"Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan namun polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Berita Harian X