Jumaat, 30 March 2018 | 4:06pm
JABATAN Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu pusat refleksologi yang dipercayai menjalankan kegiatan maksiat di Pusat Perniagaan Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Halim Salleh

Kesudahan suram bagi 'Happy Ending'

KUALA LUMPUR: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu 17 pusat refleksologi yang dipercayai menjalankan kegiatan maksiat di Pusat Perniagaan Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, ketika serbuan dijalankan bermula jam 10 malam itu, semua pekerja rumah urut termasuk penjaga kaunter lesap sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

‎Berdasarkan pemerhatian, premis berkenaan masih beroperasi sebelum ia diserbu berdasarkan keadaan bilik urut yang berselerak selain terdapat hidangan teh kepada pelanggan.

‎Mengukuhkan lagi dakwaan rumah urut berkenaan menjalankan kegiatan pelacuran, wartawan bersama penguatkuasa menemui pelincir seks dan kondom di beberapa bilik di rumah urut berkenaan.

‎Dari segi harga, pakej serendah RM100 hingga RM300 ditawarkan kepada pelanggan bergantung kepada jenis khidmat yang diberikan.

‎Terdapat premis yang turut menyediakan bilik khas dilengkapi bilik mandi dan didalamnya diletakkan sebuah katil kalis air untuk tujuan urutan erotik.

‎Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Ab Salim Mansor, berkata operasi dijalankan seramai 75 anggota serta pegawai dengan kerjasama pihak polis dan pasukan dipecahkan kepada enam kumpulan.

‎"Berdasarkan maklumat yang kami terima, terdapat 17 premis yang berselindung di sebalik perniagaan pusat urut, namun menjalankan kegiatan pelacuran.

‎"Hasil pemeriksaan di semua premis, kami mendapati 14 daripadanya mempunyai lesen manakala bakinya tidak mempunyai lesen," katanya ketika dihubungi.

‎Beliau berkata, bagi premis yang tidak mempunyai lesen, mereka dikenakan notis di bawah Undang- Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

‎Selain itu, tambah beliau, enam premis dikenakan notis UUK 5(1) UUK Iklan 1982 manakala 11 premis dikenakan tindakan pecah sekatan dalaman di bawah Sek 79 Akta Jalan Parit dan Bagunan 1974 kerana membina struktur pembahagi kepada bilik-bilik kecil tanpa kebenaran.

‎"Pada masa sama, sebanyak 14 kes penyitaan dibuat dan semua barang sitaan dihantar ke Stor Sitaan JPK, Jalan Lombong, dekat sini," katanya.

Berita Harian X