Isnin, 26 March 2018 | 7:40pm
AHLI keluarga di majlis pengkebumian Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Shahril Othman,49 yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Oman, petang Khamis lalu di Tanah Perkuburan Islam Pusu Tiga Wakaf Tembesu. - Foto Ghazali Kori

Jenazah pensyarah UniSZA selamat dikebumi

KUALA NERUS: Jenazah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Shahril Othman, 49, yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Oman, petang Khamis lalu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusu Tiga Wakaf Tembesu pada jam 6:14 petang tadi.

Sebelum itu, ketibaan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA2) pada jam 7:50 pagi tadi disambut oleh Pro Canselor Unisza, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor bersama beberapa kakitangan UniSZA.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Terengganu pada jam 10 pagi bersama isterinya, Roslida Abdul Razak dan tiba di Masjid Nur Bakti kira kira jam 4 petang.

Solat jenazah disempurnakan oleh 1,000 jemaah, termasuk penuntut dan kakitangan UniSZA di Masjid Nur Bakti bersebelahan rumah Allahyarham pada jam 5 petang.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham, pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), yang juga Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) UniSZA, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.

Allahyarham berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

Berita Harian X