Khamis, 15 Februari 2018 | 5:49pm
DUNGUN 15 FEBRUARI 2018. Tong drum yang yang dipotong meletup oleh mangsa Muhamad Salehuddin Mohd Noor, 25 di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, hari ini. STR/ROSLI ILHAM.ROSLI ILHAM
DUNGUN 15 FEBRUARI 2018. Tong drum yang yang dipotong meletup oleh mangsa Muhamad Salehuddin Mohd Noor, 25 di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, hari ini. STR/ROSLI ILHAM.ROSLI ILHAM

Pemuda melecur tong dram dipotong meletup

DUNGUN: Seorang pemuda melecur pada kaki dan badan selepas sebuah tong dram yang sebelum ini berisi alkohol meletup di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi, Muhammad Salehuddin Mohd Noor, 25, sedang melakukan kerja memotong tong dram berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Rezuan Adnan, berkata ketika melakukan kerja pemotongan itu, tong dram terbabit dikatakan tiba-tiba meletup, menyebabkan mangsa melecur.

"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian jam 11.53 pagi dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati, tong dram berkenaan pada asalnya berisi alkohol, namun ia sudah kosong sebelum mangsa mahu memotongnya.

MUHAMAD Salehuddin melecur pada anggota badan dalam kejadian letupan sebuah tong dram di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka. - Foto Rosli Ilham
MUHAMAD Salehuddin melecur pada anggota badan dalam kejadian letupan sebuah tong dram di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka. - Foto Rosli Ilham

"Bagaimanapun, tong dram berkenaan meletup dipercayai akibat tindak balas dengan api kerja kimpalan dilakukan mangsa," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Dungun menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian.

Berita Harian X