Isnin, 5 Februari 2018 | 5:08pm
KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan
KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan hasil rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan
KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan pedang yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan
KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menunjukkan pedang yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan

Kumpulan 'Abang Fahmi' kecundang juga

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas Pasukan Bahagian Risikan Jenayah (D4) Polis Kuala Lumpur membuahkan hasil apabila berjaya menumpaskan kumpulan 'Abang Fahmi' pada 26 Januari lalu.

Penangkapan itu sekali gus menyelesaikan 21 kes samun di sekitar Lembah Klang dan ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kumpulan itu terdiri daripada empat individu berusia 18 tahun hingga 29 tahun yang bergerak aktif sejak pertengahan tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, pihaknya merampas pelbagai bahan bukti seperti dua motosikal, seutas rantai leher, lapan telefon bimbit, satu pedang samurai, satu pisau lipat dan empat topi keledar yang bernilai lebih RM10,000

"Pada jam 3.35 petang 26 Januari lalu, polis menerima maklumat mengenai satu kejadian samun bersenjatakan pedang samurai oleh suspek berkenaan menaiki motosikal di Jalan Lang Kuning, Kepong, di sini.

"Mangsa, seorang lelaki India mengalami kerugian seutas rantai leher emas bernilai RM6,000.

"Pada hari sama jam 4.35 petang, pasukan D4 yang sedang membuat pemantauan di sekitar kawasan Chow kit terlihat dua motosikal ditunggang empat orang Melayu dalam keadaan mencurigakan menghampiri kedai pajak gadai.

"Kesemua suspek berkenaan ditangkap dan selepas disoal siasat, mereka mengaku terbabit melakukan samun rantai emas di Kepong.

"Suspek terbabit sedang direman dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.

Berita Harian X