Ahad, 21 Januari 2018 | 9:58pm
KU Hasbullah Ku Abdul Rahman maut selepas terbabas ketika menjalani latihan di kawasan berbukit di Wang Kelian, Padang Besar, tengah hari tadi. - Foto ihsan pengguna Facebook
KU Hasbullah Ku Abdul Rahman maut selepas terbabas ketika menjalani latihan di kawasan berbukit di Wang Kelian, Padang Besar, tengah hari tadi. - Foto ihsan pengguna Facebook
MANGSA, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman. - Foto ihsan pengguna Facebook
MANGSA, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman. - Foto ihsan pengguna Facebook
GAMBAR kenangan KU Hasbullah Ku Abdul Rahman, lima tahun lalu bersama pelumba basikal negara, Anuar Manan.
GAMBAR kenangan KU Hasbullah Ku Abdul Rahman, lima tahun lalu bersama pelumba basikal negara, Anuar Manan.

Atlet pelapis berbasikal maut

PADANG BESAR: Atlet pelapis berbasikal negeri ini, maut selepas terbabas ketika menjalani latihan di kawasan berbukit di Wang Kelian, di sini, tengah hari, tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Ghazani Abd Ghani, berkata, mangsa Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, maut di tempat kejadian selepas basikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum melanggar penghadang jalan.

"Kita menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan sekitar jam 1 tengah hari. Mangsa dipercayai terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri Jalan Wang Kelian menghala ke Kaki Bukit.

"Siasatan awal juga mengesahkan bahawa mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain," katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa maut kerana cedera parah di kepala dan badan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya.

Berita Harian X