Ahad, 14 Januari 2018 | 11:23pm
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Kampung Paya, Kluang. - Foto Ihsan Polis

Kereta terbalik dalam longkang 

KLUANG: Sebuah kereta dipandu wanita berusia 20 tahun hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kampung Paya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata dalam kejadian itu kira-kira jam 3 petang tadi, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam longkang berdekatan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah PROTON Saga dipandu lelaki berusia 33 tahun dari Jalan Kampung Paya menghala ke Bandar Kluang cuba memotong kereta mangsa.

"Mangsa yang membawa penumpang iaitu ahli keluarganya berusia 17 tahun hingga 20 tahun itu mahu membelok ke kanan simpang. 

"Kemudiannya, datang kereta PROTON Saga yang secara tiba-tiba dipercayai cuba memotongnya di kepala simpang dan terus melanggarnya.

"Kereta mangsa dilanggar di bahagian tepi kanan menyebabkan kereta mangsa terus terbabas dan terbalik sebelum masuk ke dalam longkang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, bagaimanapun mangsa berserta tiga orang penumpang kereta (sekeluarga) termasuk pemandu kereta PROTON Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes masih dalam siasatan polis dan disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. 

Berita Harian X