Ahad, 7 Januari 2018 | 6:31pm
LORI sarat muatan balak terbalik menyebabkan pemandunya maut dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Jeli, dekat sini, petang ini.
LORI sarat muatan balak terbalik menyebabkan pemandunya maut dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Jeli, dekat sini, petang ini.
KREN mengangkat kayu balak dan lori terbalik itu bagi mengeluarkan mayat mangsa.
KREN mengangkat kayu balak dan lori terbalik itu bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Maut ditimpa lori balak

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori balak maut akibat ditimpa kenderaan terbabit selepas tercampak keluar dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Jeli, dekat sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi, mangsa, Hee Beng Chye, 71, yang mengalami kenderaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd TaufiK Maidin berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu lori sarat dengan muatan balak itu dalam perjalanan dari Pos Pulat, Gua Musang ke bandar Gua Musang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, lori dipandu mangsa dipercayai terbabas ke sebelah kiri jalan ketika menuruni bukit menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum kenderaan itu terbalik menimpa mangsa.

Katanya, usaha mengeluar mangsa yang tersepit di bawah lori itu mengambil mangsa sejam dengan mengguna kren.

"Kira-kira 25 batang balak yang dimuatkan lori mangsa juga bertaburan di atas jalan menyebabkan kesesakan berlaku," katanya.

Mohd Taufik berkata, kayu balak yang terjatuh dari lori mangsa juga terpaksa diangkat menggunakan kren untuk mengatasi kesesakan jalan di kawasan itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X