Jumaat, 29 Disember 2017 | 8:37pm
Anggota polis melakukan siasatan tempat kejadian seorang lelaki pesakit mental yang dipercayai menembak dirinya sendiri dengan menggunakan senapang patah milik ahli keluarga di Kampung Poh Mu, Padang Sanai. - Foto ihsan PDRM

Pesakit mental maut tembak diri sendiri

PADANG TERAP: Seorang lelaki yang dikatakan mengalami gangguan halusinasi, maut selepas menembak diri sendiri dengan senapang patah, pagi tadi.

Mohamad Aidilfitri Romly, 25, ditemui berlumuran darah oleh bapanya, Romly Ariffin, 56, di dalam bilik tidur rumahnya di Kampung Poh Mu, dekat Padang Sanai, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Noh Idris, mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dipercayai maut akibat terkena tembakan yang dilepaskannya sendiri.

Berdasarkan siasatan, katanya, bapa mangsa yang sedang berehat di kawasan kebun berhampiran rumahnya terdengar bunyi tembakan senapang patah miliknya dari dalam bilik. 

Senapang patah yang dipercayai digunakan oleh seorang lelaki pesakit mental untuk menembak dirinya sendiri di Kampung Poh Mu, Padang Sanai. - Foto ihsan PDRM
Senapang patah yang dipercayai digunakan oleh seorang lelaki pesakit mental untuk menembak dirinya sendiri di Kampung Poh Mu, Padang Sanai. - Foto ihsan PDRM

"Bapa mangsa kemudian bergegas masuk ke rumah dan menemui mangsa berlumuran darah dipercayai akibat menembak diri sendiri di dada. 

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami gangguan mental atau halusinasi dan ketika kejadian, mangsa bersendirian di dalam rumah," katanya. 

Noh berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berita Harian X